8 Tip Terhebat Untuk Mengawal Emosi Kacau

on Monday, 20 May 2013

Sebut tentang emosi tentu orang akan teringat istilah mood.Jadi selalu kita terdengar kata-kata:

 

“saya tidak ada mood hari ini’’

“kenapa dia tu…asyik bad mood saja”

“semalam awek saya moody,langsung tak jawap call saya”

 

…………dan banyak lagi contoh yang tak  larat dah saya nyatakan di sini.

 

Menurut Ahmad Zabidi Abdul Razak dalam bukunya berjudul Memimpin Diri Sendiri terbitan pada tahun 2004 menyatakan 8 kaedah untuk mengawal emosi.Berikut adalah informasi yang sudah saya olah semula dengan pendekatan baru :

 

download (1)

                                                 credit picture to www.google.com

1.Berfikiran positif

 

Orang yang berfikiran positif sentisa melihat sesuatu perkara dengan sudut kebaikan.Mereka tetap beranggapan apa jua musibah yang berlaku ada hikmahnya.Tidak kira besar atau kecil sesuatu musibah itu.Hikmah yang difikirkan membawa kebaikan sama secara langsung atau tidak langsung.Natijahnya emosi kita tetap tenang dan sentiasa redha.

 

2.Tenangkan fikiran

 

Hanya fikiran yang tenang dapat berfikir secara rasional.Apabila fikiran kita berkecamuk,tindakan kita selalunya melulu sahaja.Sudah tentu situasi ini memberi tekanan kepada emosi.Jadi secara logiknya dengan menenangkan fikiran maka emosi akan lebih terasa lapang dan damai.

 

3.Sentiasa senyum

 

Ketika kita dilanda masalah yang gentir tentu susah untuk memberi senyuman.Segala keresahan yang bersarang dalam hati akan dicerminkan melalui wajah.Langkah terbaik ialah berusaha untuk terus senyum supaya orang sekeliling kita sedar bahawa kita adalah orang tabah dan sabar mengawal emosi.Sekurang-kurang kita memberi kegembiraan untuk orang lain melalui senyuman ikhlas.

 

4.Memotivasikan diri

 

Sebagai manusia biasa adakalanya kita terlalu sedih atau kecewa.Ada yang bersendirian tidak mahu diganggu.Namun adalah lebih bijak kita membaca buku-buku motivasi atau blogwalking ke blog yang ada niche motivasi.Saranan perunding motivasi boleh mengembalikan semangat yang hilang.Ini memberi pemulihan kepada emosi supaya tidak berduka terlalu lama.

 

5.Memaafkan kesalahan orang

 

Memang diakui bahawa memaafkan kesalahan orang lain cukup berat.Lebih-lebih lagi kesalahan tersebut serius dan sukar untuk diterima.Seandainya kita dapat memaafkan kesalahan orang emosi kita juga yang akan tenang.Kita lupakan apa yang berlaku dan bersedia untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang dihadapi.Emosi kita kurang tekanan kerana tidak berdendam dengan orang lain.

 

6.Menjauhi suara yang lantang

 

Tatkala emosi kita ketegangan jangan berkata-kata dengan suara yang nyaring.Keadaan ini memberi kesan kepada emosi sendiri dan orang lain.Emosi yang gelisah sukar untuk ditenangkan dalam suasana yang tegang.Sebab itu orang bertegang urat dan memaki hamun memburukkan lagi keadaan.Pasti jalan kedamaian sukar ditemui.

 

7.Rehat yang cukup

 

Keadaan diri yang kepenatan menambah tekanan emosi.Amat wajar orang telah kepenatan bekerja berhari-hari bercuti waima sehari.Cari ketenangan dengan bersiar-siar ke tempat yang menarik.Jika ada kemampuan digalakkan melancong untuk merehatkan badan dan emosi sekali gus.Setelah badan cergas semula maka semangat akan kembali membara.Emosi kembali stabil untuk menghadapi cabaran mendatang.

 

8.Berdoa

 

Diantara banyak cara yang dikemukakan di atas maka berdoa adalah cara yang terbaik sekali.Dengan berdoa kita meletakkan segala harapan dan tanggungan masalah kepada  Allah SWT.Ketika berdoa kita mestilah dalam keadaan tenang supaya timbul rasa khusyuk.Apatah lagi selepas berdoa ketenangan akan berlanjutan kerana penyerahan hati kita kepada Allah SWT 100 peratus.Itulah kemuncak ketenangan emosi apabila seorang hamba mendapat perhatian Allah SWT.

 

Sekilas pandang,

 

Dalam hidup kita ini pasti tidak terlepas dari menghadapi cabaran dan halangan.Tidak kira melibatkan soal kewangan,rumahtangga,pergaulan harian dan tempat kerja.

 

Sebagai panduan ringkas inilah tip yang boleh diaplikasikan supaya emosi kita tidak down terlalu lama.Hakikat hidup mudah sahaja.Langit tidak selalu cerah dan hidup umpama roda.Kita tidak selama-lamanya berada di atas.Bersedia menghadapi ketika berada di bawah.

Review Buku : Gadis Bercerita Hal Dara

on Sunday, 19 May 2013

Maaf ya! Buku ini bukan tentang cerita orang dewasa (adult content).Memang judulnya memancing selera pembaca untuk mengetahui lebih lanjut.Jangankan anda saya pun cukup teruja untuk membaca buku sampai habis.

 

Penulis buku ini seorang wanita iaitu Asri Supatmiati.Beliau lulusan bidang pendidikan dan berpengalaman luas dalam bidang persoalan remaja dan keagamaan.

 

Dengan ketebalan 123 mukasurat cukup sesuai untuk bahan bacaan para remaja dan ibubapa yang kesuntukan masa untuk membaca buku.Saya mengkhatam buku ini hanya dalam sehari.Saranan dari saya kepada bakal pembeli buku ini, jangan ragu-ragu.Pembelian boleh dilakukan di sini.Naskah ini penuh infomasi dan ilmu yang digarap kemas meskipun kelihatan ringkas

 

Ada 15 tajuk dalam buku ini yang menceritakan  hal-hal berkaitan gadis remaja,pergaulan,cinta dan isu-isu kehamilan luar nikah.

 

Dalam bab tentang penguguran saya membaca dengan penuh ketakutan.Berdiri bulu roma dan terngiang-ngiang di telinga raungan kesakitan wanita yang mengalami proses pengguguran haram.Ternyata penulis bijak bermain kata sehingga apa yang ditulis dalam buku ini terkesan ke dalam hati.

 

Secara keseluruhannya buku ini banyak memberi nasihat kepada para gadis agar berhati-hati dalam pergaulan sesama lelaki.Tersilap langkah sangat buruk padahnya.Para gadis yang tengah kemaruk bercinta dilarang sama sekali untuk berdua-duan dengan lelaki.Walaupun tiada niat untuk melakukan zina tetapi hasutan syaitan dan kesempatan peluang boleh menjerumus ke dalam dosa besar tersebut.

 

Menurut penulis,  kehamilan luar nikah akibat zina amat dahsyat.Kesannya bukan sehari dua malah berlangsung seumur hidup baik di dunia hingga ke akhirat.Lebih-lebih lagi jika sudah berlaku pengguguran haram.Dahlah dosa berzina tambah lagi dosa menbunuh nyawa.Pihak wanita yang paling merana akibat trauma.Bukan sekadar kesakitan fizikal malah  kehancuran emosi,rendah diri dan rasa bersalah teramat sangat.

 

Bagi mereka yang belum terjebak penulis berpesan supaya tingkatkan iman,tambah ilmu di dada dan berfikir matang setiap masa.Jangan hayut dibuai nafsu kerana ia tak akan kemana.Islam sendiri telah memberi panduan lengkap.Pakaian wajib menutup aurat dan setelah tiba waktunya dianjurkan berkahwin demi memenuhi keinginan alami seorang wanita.

 

Penulis juga meminta kepada para gadis yang sudah terlanjur jangan sekali-kali mengambil jalan pintas untuk menyelesaikan masalah.Bawa berbincang dengan mereka yang mahir mengendalikan kes seumpama ini.Paling penting sekali bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat.Sedarlah bahawa Allah Maha Penyayang dan Maha Pengampun.

 

dara

 

Sekilas pandang,

 

Anak saya yang berumur 10 tahun turut membaca buku ini.Saya berharap dia tergolong dalam lelaki yang menghargai  kaum wanita  apabila besar kelak.Boleh menjaga kebajikan dan keselamatan dua adik perempuannya.

 

Sebagai lelaki, saya cukup memahami bahawa wanita itu insan yang perlu dibimbing untuk menjadi wanita solehah iaitu insan yang kini menjadi isteri saya.

 

Malah sebagai ayah, saya memikul satu tanggungjawab yang berat untuk memastikan anak gadis saya sentiasa selamat dari anasir negatif.Pengawasan perlu ditingkatkan selari dengan peneguhan didikan agama.Sama-sama kita berdoa semoga Allah SWT memberi perlindungan dan pertolongan dalam hal ini.Amin.

4 Sebab Mengapa Mesti Kita Bekerja

on Friday, 17 May 2013

Setiap makhluk yang bernyawa diberi rezeki masing-masing.Konsep rezeki sangat luas.Namun kita khususkan kepada soal duit dalam entri ini.Dengan bekerja kita mendapat duit untuk menampung keperluan hidup.

 

Terdapat 4 sebab mengapa kita bekerja.Tidak kira kerja makan gaji,berniaga atau apa sahaja pekerjaan yang halal.Janji menghasilkan duit.

 

 

is

                                 credit picture to www.ask.com

1)Jaminan nafkah kehidupan

 

Dengan adanya pekerjaan kita mendapat upah yang diberi dalam bentuk wang ringgit bagi membeli segala keperluan hidup .Kita tidak perlu bergantung harap kepada orang lain.Hidup kita lebih bermaruah.Hidup orang yang tidak bekerja pula boleh melarat sehingga terpaksa menagih simpati orang lain.Maka dengan bekerja menjadi jaminan untuk kita menampung kehidupan.Lainlah untuk mereka yang sudah mencapai tahap financial freedom.Hidup untuk dinikamati tanpa perlu bekerja.

 

2)Status dan pengiktirafan

 

Pada dasarnya manusia suka dipandang mulia baik secara langsung atau sebaliknya.Pekerjaan yang baik akan meningkatkan status seseorang.Sebaliknya seseorang yang tiada pekerjaan akan dipandang serong dan hina oleh masyarakat.Bagi mengelakkan stigma begini kebanyakkan kita terpaksa bekerja keras untuk mendapat pekerjaan yang baik dan tinggi statusnya.Contohnya seseorang perlu belajar hingga ke peringkat tertinggi bagi memastikan boleh bersaing dalam pasaran kerja.

 

3)Meningkatkan self-esteem

 

Self-estem adalah keyakinan diri.Satu istilah yang menggambarkan kebolehpercayaan kepada diri sendiri.Orang yang tidak ada pekerjaan akan mengalami rasa rendah diri,terpinggir dan konflik emosi.Hidup dalam tekanan begini memang memudaratkan kesihatan.Jadi  bekerja sahaja boleh meningkatkan self-esteem.Menukar rasa rendah diri kepada keyakinan diri yang tinggi untuk berhadapan dengan masyarakat.Besarnya pengaruh pekerjaan dalam hidup kita terutama yang melibatkan self-esteem.

 

4)Tuntutan agama

 

Agama menuntut penganutnya memandang serius soal mencari rezeki.Orang bekerja jauh lebih baik daripada orang yang hanya duduk berzikir dalam masjid.Hanya dengan bekerja mencari rezeki halal kita diberi ganjaran pahala.Tuntutan bekerja lebih berat kepada orang yang sudah berkeluarga.Mencari rezeki untuk menyara anak isteri.Mencukupkan keperluan asas.Orang bujang pula bekerja demi membalas pengorbanan ibu bapa.Ini kerana menjaga kebajikan orang tua sudah terpikul ke bahu anaknya terutama anak lelaki.Pendek kata bekerja meningkatkan syiar agama.Dengan bekerja boleh menjarakkan kemiskinan dalam hidup.Dikhuatiri kemiskinan itu menjatuhkan seseorang lembah kekufuran.

 

Sekilas pandang,

 

Maklumat tersebut saya petik dari sebuah buku Memimpin Diri Sendiri hasil tulisan Ahmad Zabidi Abdul Razak.Saya mengolah dengan memaksimakan ayat sendiri namun  mengekalkan isi utama supaya tidak tersasar jauh.

WW : Tolong Jangan Buka…. Bahaya!!!

on Wednesday, 15 May 2013

78 Petunjuk Feng Shui (Feng Shui itu agama atau sains)

on Monday, 13 May 2013

Pada mulanya saya teragak-agak untuk membaca buku ini.Saya masih skema untuk mendalami kepercayaan budaya  lain.Namun saya gagahkan diri dan tetapkan niat bahawa iktikad saya tetap dengan Islam.Insya Allah.

 

Buku 78 Petunjuk Feng Shui ditulis oleh Perunding Feng Shui antarabangsa iaitu  Mr Suhana Lim.Beliau dan keluarga telah berhijrah ke Australia sejak 1997.Di sana beliau terus mendalami ilmu berkaitan Feng Shui dengan beberapa guru yang tersohor.

 

 

 

Dengan ketebalan 232 mukasurat dan mengandungi 77 bab memang berbaloi untuk dimiliki pihak yang berkenaan.Tambahan pula ada disertakan gambar hitam putih untuk menerangkan bahagian yang sukar untuk diceritakan dengan kata-kata.

 

Buku ini menangkis pandangan umum bahawa Feng Shui bukan kepercayaan paranormal,berbentuk agama dan pelbagai lagi tafsiran negatif.Menurut si penulis, Feng Shui adalah ilmu pengetahuan tentang alam yang telah diamalkan sejak beribu tahun  dahulu.Pengamalan ilmu Feng Shui dikatakan dapat membawa kesan positif kepada kehidupan manusia.

 

Saya tidak menyenaraikan sepenuhnya maupun sepintas lalu  fakta-fakta dalam buku ini.Alasannya cukup mudah .Saya bimbang orang yang tidak cukup kuat akidah akan terpengaruh bahawa “benda-benda lain” seolah-olah berkuasa untuk menentukan baik buruk kehidupan kita.Memang agak tertutup saya punya pandangan.

 

images

 

Sumber terbaik dan paling sempurna bagi orang Islam tentulah Al Quran dan Al Hadis.Ilmu yang ada didalamnya  sudah cukup untuk dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan kita.Tentulah tidak bijak bagi kita  berharap kepada ilmu Feng Shui untuk membantu penentuan rezeki,jodoh dan nasib seseorang.

 

Saya sengnaja membangkitkan soal akidah kerana di dalam buku ini ada soal jawab dan pertanyaan yang melibatkan orang yang ada nama Melayu.Saya mengandaikan bahawa mereka percaya ilmu Feng Shui dan menjadi Feng Shui sebagai titik tolak untuk mentafsir soal yang saya kemuka di atas.

 

Memang benar pengamal Feng Shui berkata ilmu ini sains tentang alam.Namun untuk  orang Islam boleh rosak akidah jika percaya  susunan perabot,kedudukan pintu,lokasi rumah dan sebagaianya memberi kesan kepada soal rezeki dan kebahagiaan.Orang Islam hanya percaya Allah SWT sahaja yang boleh memberi kebaikan atau mendatangkan kemudaratan kepada sesorang.

 

*picture credit to www.google.com

Artikel Dari Luar

hak cipta oleh hanafi abdullah. Powered by Blogger.
 
© blog1Malaysia All Rights Reserved